- Pengujian merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang.
- Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu.
- Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi atau tingkah laku di antara dua atau beberapa individu
Pentaksiran Bahasa Melayu
Saturday, 11 November 2017
KONSEP PENGUJIAN
Tuesday, 7 November 2017
Instrumen dalam Pentaksiran bahasa Melayu
Instrumen merujuk kepada alat atau medium yang digunakan untuk menilai murid-murid.
Jenis-jenis instrumen yang boleh digunakan :
1) Ujian Diagnostik (tentang minat/ sikap)
Jenis-jenis instrumen yang boleh digunakan :
1) Ujian Diagnostik (tentang minat/ sikap)
- ujian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan puncanya.
- ujian ini juga bertujuan menentukan kedudukan seseorang murid dalam pelajarannya. Bagi menentukan kedudukan ini, murid perlu diuji sebelum sesi pembelajaran mengenai subjek tertentu dimulakan.
- ujian ini juga dilaksanakan bagi mengenal pasti punca wujudnya kelemahan dalam pembelajaran. Setelah punca dapat dikenal pasti, proses pemulihan akan dapat dilaksanakan.
- ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada murid supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.
2) Ujian Bertulis
ujian objektif - pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta mudah dijawab. Pemberian markah boleh diberikan dengan menggunakan petunjuk. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajaran dengan melaksanakan ujian bertulis berbentuk ujian objektif ini.
ujian subjektif - ujian ini memberikan jawapan berbentuk pendapat dan penilaian sendiri murid terhadap pembelajaran. Ujian subjektif menekankan ciri-ciri utama pelaksanaan ujian seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data apabila wujudnya keraguan terhadap hasil penilaian.
3) Portfolio
- penilaian portfolio berdasarkan kesesuaian tema, kecekapan, menggunakan alat dan bahan untuk mentransformasi idea melalui pengolahan unsur-unsur tertentu dapat dilaksanakan bagi menilai prestasi murid.
- Beberapa objektif boleh dirangka bagi membuat portfolio murid: a) komunikasi/ekspresi b) keyakinan diri c) perkembangan persepsi d) kemahiran berbahasa.
4) Senarai Semak
- Senarai semak boleh dijadikan instrumen untuk menilai murid dalam ketiga-tiga aspek iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
- Guru boleh menjadikan senarai semak sebagai instrumen untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap pelajaran.
- Senarai semak juga boleh merangkumi pelaksanaan tugasan murid-murid. Menilai sama ada murid-murid dapat melaksanakan tugasan mengikut peringkat yang ditetapkan atau sebaliknya.
- Guru juga boleh mengubah teknik pengajaran sekiranya teknik yang digunakan kurang berkesan untuk murid-murid.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
DEFINISI PENTAKSIRAN
- Pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri yang diperoleh oleh seseorang.
- Proses untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penilaian hasil produk sesuatu proses pendidikan.
- Menurut Popham(2000), dalam proses pembelajaran mustahil untuk tidak berlakunya pentaksiran.
- Lazimnya guru akan mendapat maklumat prestasi pelajar melalui pengujian dan penilaian.
Pentaksiran dalam bilik darjah merujuk proses penilaian dan pengujian yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan guru dan murid yang bertujuan untuk mengukur prestasi dan kefahaman murid mengenai sesuatu topik yang dibincangkan di dalam kelas. Pentaksiran boleh dilaksanakan dengan kaedah soal-jawab, kuiz dan sebagainya. Guru akan dapat mengukur tahap kefahaman murid-murid melalui pentaksiran bilik darjah. Pentaksiran bilik darjah merujuk kepada penilaian berbentuk formatif.
Proses Pentaksiran
1) Pengukuran : Penggunaan alat untuk menentukan nilai kuantitatif (maklumat pencapaian individu) maklumat diperolehi oleh secara informal dan formal.
2) Penilaian : Proses membuatkan keputusan berdasarkan hasil pengukuran. Guru memberi gred, sijil atau keputusan sama ada murid memerlukan aktiviti penggayaan atau pemulihan.
CIRI-CIRI BERKESAN PENTAKSIRAN
- Kesahan : mengenal pasti keberkesanan penggunaan alat pengukur menilai atau menepati tujuan penilaian, membuat pengesahan penilaian berkenaan perkara yang sepatutnya diukur.
- Kebolehpercayaan : sejauh mana ujian yang sama memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali pada masa yang berbeza.
BENTUK FORMATIF
- Dilaksanakan sebelum atau semasa proses pengajaran.
- bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai.
- membantu guru membuat perancangan awal untuk aktiviti pengajaran berikutnya.
Sunday, 29 October 2017
PENDEKATAN, PROSEDUR DAN PRINSIP PENTAKSIRAN
PENDEKATAN, PROSEDUR DAN PRINSIP PENTAKSIRAN
Prinsip-prinsip pentaksiran :
1) Assessment for learning (AFL)
2) Assessment as learning (AAS)
3) Assessment of learning (AOL)
PENDEKATAN AFL
- Pentaksiran untuk pembelajaran.
- Proses pembelajaran berlaku secara berterusan.
- Berorientasikan guru.
- Konsep asas AFL → Autentik (kaedah problem-solving) & Tradisional(soalan aneka pilihan)
- Penilaian→ 1) Formatif iaitu jangka pendek , 2) Sumatif( jangka panjang)
Pentaksiran berasaskan sekolah(PBS)
1) Dirancang di peringkat sekolah(kurikulum).
2) Guru diberikan kebebasan memilih instrumen penilaian.
3) Formatif dan sumatif.
4) Ketua sekolah dan pentadbir berbincang.
5) Lapor balik daripada guru kepada pentadbir.
Penilaian secara berpusat
1) Dikawal oleh Lembaga Peperiksaan.
2) Contohnya PLSEA, A-LEVEL & O-LEVEL.
Pendekatan alternatif.
- kemahiran pemikiran kritikal seperti nilai budi dan kesukanan.
- pentaksiran portfolio seperti dokumentasi tugasan atau kerja sepanjang semester.
Matlamat pembelajaran.
- fokus tanpa terikat kepada konteks.
- berkait rapat dengan kriteria kejayaan(KK).
Strategi menyoal
membina soalan → 1) soalan kering iaitu soalan jenis mudah.
2) soalan mampat iaitu soalan yang boleh dikembangkan.
3) soalan terbuka iaitu soalan berbentuk pendapat.
- masa yang diberikan untuk menjawab soalan sekurang-kurangnya 10 saat.
- murid-murid diberi peluang untuk berbincang terlebih dahulu.
sifat mendengar yang positif
- memandang pelajar yang berkongsi jawapan dan berikan pujian yang membina.
penglibatan kelas
- taburan soalan perlu menyeluruh supaya penglibatan kelas tidak terhad.
penilaian kendiri
- guru perlu mempunyai kemahiran menilai murid serta kekuatan atau kelemahan murid.
- guru dipertanggunjawabkan untuk berkongsi Kriteria Kejayaan.
Maklumat balas
PENDEKATAN AAL
Pendekatan alternatif.
- kemahiran pemikiran kritikal seperti nilai budi dan kesukanan.
- pentaksiran portfolio seperti dokumentasi tugasan atau kerja sepanjang semester.
Matlamat pembelajaran.
- fokus tanpa terikat kepada konteks.
- berkait rapat dengan kriteria kejayaan(KK).
Strategi menyoal
membina soalan → 1) soalan kering iaitu soalan jenis mudah.
2) soalan mampat iaitu soalan yang boleh dikembangkan.
3) soalan terbuka iaitu soalan berbentuk pendapat.
- masa yang diberikan untuk menjawab soalan sekurang-kurangnya 10 saat.
- murid-murid diberi peluang untuk berbincang terlebih dahulu.
sifat mendengar yang positif
- memandang pelajar yang berkongsi jawapan dan berikan pujian yang membina.
penglibatan kelas
- taburan soalan perlu menyeluruh supaya penglibatan kelas tidak terhad.
penilaian kendiri
- guru perlu mempunyai kemahiran menilai murid serta kekuatan atau kelemahan murid.
- guru dipertanggunjawabkan untuk berkongsi Kriteria Kejayaan.
Maklumat balas
- budaya pembelajaran yang sihat melibatkan rakan sebaya serta pembelajaran yang efektif.
- strategi yang boleh dilaksanakan contohnya lemau sampai garing iaitu merujuk kepada murid yang kurang berketerampilan didorong menjadi murid yang berketerampilan.
PENDEKATAN AAL
- pentaksiran sebagai pembelajaran.
- berorientasikan pelajar.
- pelajar sendiri akan memantau kemajuan mereka.
- pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran yang telah dan belum mereka pelajari.
- pelajar membuat refleksi sendiri.
- membentuk strategi sendiri untuk berusaha memahami sesuatu topik pembelajaran.
- pentaksiran berbentuk formatif.
Tujuan AAL
- meningkatkan autonomi pelajar.
- pelajar pasif berubah menjadi pelajar aktif.
- melibatkan pelajar dengan refleksi kritikal.
- membentuk pelajar menilai dan memperbaiki kualiti dalaman pelajar.
Peranan pelajar
- pelajar perlu membentu objektif pembelajaran sendiri.
- merangka strategi pembelajar secara individu.'
- pelajar juga akan menilai pencapaian mereka sendiri.
Peranan guru
- guru membantu pelajar membina matlamat secara terperinci.
- menentukan objektif pembelajaran jangka panjang dan jangka pendek.
Kandungan strategi AAL
- menggunakan senarai semak dan rubrik.
- soalan-soalan berbentuk metakognitif(KBAT).
- perbincangan lisan secara dua mata antara guru dengan murid serta murid dengan murid.
- guru menggalakkan penggunaan grafik seperti peta konsep.
- menyentuh emosi dan menyebabkan pembelajaran diingati oleh pelajar.
Penilaian kendiri
- Refleksi terhadap pengalaman lalu.
- menyimpan rekod aktiviti yang telah dilakukan.
- berusaha mendapatkan idea yang jelas tentang apa yang mereka pelajari dan telah capai.
- membuat keputusan tentang perkara dan usaha yang perlu dilakukan ditetapkan pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KONSEP PENGUJIAN
Pengujian merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang. Sa...
-
PENDEKATAN, PROSEDUR DAN PRINSIP PENTAKSIRAN Prinsip-prinsip pentaksiran : 1) Assessment for learning (AFL) 2) Assessment as lear...
-
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi pelbagai kaedah untuk menentukan taha...
-
Instrumen merujuk kepada alat atau medium yang digunakan untuk menilai murid-murid. Jenis-jenis instrumen yang boleh digunakan : 1) ...