Jenis-jenis instrumen yang boleh digunakan :
1) Ujian Diagnostik (tentang minat/ sikap)
- ujian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan puncanya.
- ujian ini juga bertujuan menentukan kedudukan seseorang murid dalam pelajarannya. Bagi menentukan kedudukan ini, murid perlu diuji sebelum sesi pembelajaran mengenai subjek tertentu dimulakan.
- ujian ini juga dilaksanakan bagi mengenal pasti punca wujudnya kelemahan dalam pembelajaran. Setelah punca dapat dikenal pasti, proses pemulihan akan dapat dilaksanakan.
- ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada murid supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.
2) Ujian Bertulis
ujian objektif - pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta mudah dijawab. Pemberian markah boleh diberikan dengan menggunakan petunjuk. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajaran dengan melaksanakan ujian bertulis berbentuk ujian objektif ini.
ujian subjektif - ujian ini memberikan jawapan berbentuk pendapat dan penilaian sendiri murid terhadap pembelajaran. Ujian subjektif menekankan ciri-ciri utama pelaksanaan ujian seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data apabila wujudnya keraguan terhadap hasil penilaian.
3) Portfolio
- penilaian portfolio berdasarkan kesesuaian tema, kecekapan, menggunakan alat dan bahan untuk mentransformasi idea melalui pengolahan unsur-unsur tertentu dapat dilaksanakan bagi menilai prestasi murid.
- Beberapa objektif boleh dirangka bagi membuat portfolio murid: a) komunikasi/ekspresi b) keyakinan diri c) perkembangan persepsi d) kemahiran berbahasa.
4) Senarai Semak
- Senarai semak boleh dijadikan instrumen untuk menilai murid dalam ketiga-tiga aspek iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
- Guru boleh menjadikan senarai semak sebagai instrumen untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap pelajaran.
- Senarai semak juga boleh merangkumi pelaksanaan tugasan murid-murid. Menilai sama ada murid-murid dapat melaksanakan tugasan mengikut peringkat yang ditetapkan atau sebaliknya.
- Guru juga boleh mengubah teknik pengajaran sekiranya teknik yang digunakan kurang berkesan untuk murid-murid.
No comments:
Post a Comment