Tuesday, 7 November 2017

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
DEFINISI PENTAKSIRAN
  • Pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri yang diperoleh oleh seseorang.
  • Proses untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penilaian hasil produk sesuatu proses pendidikan.
  • Menurut Popham(2000), dalam proses pembelajaran mustahil untuk tidak berlakunya pentaksiran.
  • Lazimnya guru akan mendapat maklumat prestasi pelajar melalui pengujian dan penilaian.
Pentaksiran dalam bilik darjah merujuk proses penilaian dan pengujian yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan guru dan murid yang bertujuan untuk mengukur prestasi dan kefahaman murid mengenai sesuatu topik yang dibincangkan di dalam kelas. Pentaksiran boleh dilaksanakan dengan kaedah soal-jawab, kuiz dan sebagainya. Guru akan dapat mengukur tahap kefahaman murid-murid melalui pentaksiran bilik darjah. Pentaksiran bilik darjah merujuk kepada penilaian berbentuk formatif.

Proses Pentaksiran
1) Pengukuran : Penggunaan alat untuk menentukan nilai kuantitatif (maklumat pencapaian individu) maklumat diperolehi oleh secara informal dan formal.
2) Penilaian : Proses membuatkan keputusan berdasarkan hasil pengukuran. Guru memberi gred, sijil atau keputusan sama ada murid memerlukan aktiviti penggayaan atau pemulihan.

CIRI-CIRI BERKESAN PENTAKSIRAN

  • Kesahan : mengenal pasti keberkesanan penggunaan alat pengukur menilai atau menepati tujuan penilaian, membuat pengesahan penilaian berkenaan perkara yang sepatutnya diukur. 
  • Kebolehpercayaan : sejauh mana ujian yang sama memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali pada masa yang berbeza.
BENTUK FORMATIF
  • Dilaksanakan sebelum atau semasa proses pengajaran.
  • bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai.
  • membantu guru membuat perancangan awal untuk aktiviti pengajaran berikutnya.





No comments:

Post a Comment

KONSEP PENGUJIAN

Pengujian merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang. Sa...