- Pengujian merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang.
- Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu.
- Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi atau tingkah laku di antara dua atau beberapa individu
Saturday, 11 November 2017
KONSEP PENGUJIAN
Tuesday, 7 November 2017
Instrumen dalam Pentaksiran bahasa Melayu
Instrumen merujuk kepada alat atau medium yang digunakan untuk menilai murid-murid.
Jenis-jenis instrumen yang boleh digunakan :
1) Ujian Diagnostik (tentang minat/ sikap)
Jenis-jenis instrumen yang boleh digunakan :
1) Ujian Diagnostik (tentang minat/ sikap)
- ujian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan puncanya.
- ujian ini juga bertujuan menentukan kedudukan seseorang murid dalam pelajarannya. Bagi menentukan kedudukan ini, murid perlu diuji sebelum sesi pembelajaran mengenai subjek tertentu dimulakan.
- ujian ini juga dilaksanakan bagi mengenal pasti punca wujudnya kelemahan dalam pembelajaran. Setelah punca dapat dikenal pasti, proses pemulihan akan dapat dilaksanakan.
- ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada murid supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.
2) Ujian Bertulis
ujian objektif - pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta mudah dijawab. Pemberian markah boleh diberikan dengan menggunakan petunjuk. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajaran dengan melaksanakan ujian bertulis berbentuk ujian objektif ini.
ujian subjektif - ujian ini memberikan jawapan berbentuk pendapat dan penilaian sendiri murid terhadap pembelajaran. Ujian subjektif menekankan ciri-ciri utama pelaksanaan ujian seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data apabila wujudnya keraguan terhadap hasil penilaian.
3) Portfolio
- penilaian portfolio berdasarkan kesesuaian tema, kecekapan, menggunakan alat dan bahan untuk mentransformasi idea melalui pengolahan unsur-unsur tertentu dapat dilaksanakan bagi menilai prestasi murid.
- Beberapa objektif boleh dirangka bagi membuat portfolio murid: a) komunikasi/ekspresi b) keyakinan diri c) perkembangan persepsi d) kemahiran berbahasa.
4) Senarai Semak
- Senarai semak boleh dijadikan instrumen untuk menilai murid dalam ketiga-tiga aspek iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
- Guru boleh menjadikan senarai semak sebagai instrumen untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap pelajaran.
- Senarai semak juga boleh merangkumi pelaksanaan tugasan murid-murid. Menilai sama ada murid-murid dapat melaksanakan tugasan mengikut peringkat yang ditetapkan atau sebaliknya.
- Guru juga boleh mengubah teknik pengajaran sekiranya teknik yang digunakan kurang berkesan untuk murid-murid.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
DEFINISI PENTAKSIRAN
- Pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri yang diperoleh oleh seseorang.
- Proses untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penilaian hasil produk sesuatu proses pendidikan.
- Menurut Popham(2000), dalam proses pembelajaran mustahil untuk tidak berlakunya pentaksiran.
- Lazimnya guru akan mendapat maklumat prestasi pelajar melalui pengujian dan penilaian.
Pentaksiran dalam bilik darjah merujuk proses penilaian dan pengujian yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan guru dan murid yang bertujuan untuk mengukur prestasi dan kefahaman murid mengenai sesuatu topik yang dibincangkan di dalam kelas. Pentaksiran boleh dilaksanakan dengan kaedah soal-jawab, kuiz dan sebagainya. Guru akan dapat mengukur tahap kefahaman murid-murid melalui pentaksiran bilik darjah. Pentaksiran bilik darjah merujuk kepada penilaian berbentuk formatif.
Proses Pentaksiran
1) Pengukuran : Penggunaan alat untuk menentukan nilai kuantitatif (maklumat pencapaian individu) maklumat diperolehi oleh secara informal dan formal.
2) Penilaian : Proses membuatkan keputusan berdasarkan hasil pengukuran. Guru memberi gred, sijil atau keputusan sama ada murid memerlukan aktiviti penggayaan atau pemulihan.
CIRI-CIRI BERKESAN PENTAKSIRAN
- Kesahan : mengenal pasti keberkesanan penggunaan alat pengukur menilai atau menepati tujuan penilaian, membuat pengesahan penilaian berkenaan perkara yang sepatutnya diukur.
- Kebolehpercayaan : sejauh mana ujian yang sama memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali pada masa yang berbeza.
BENTUK FORMATIF
- Dilaksanakan sebelum atau semasa proses pengajaran.
- bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai.
- membantu guru membuat perancangan awal untuk aktiviti pengajaran berikutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KONSEP PENGUJIAN
Pengujian merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang. Sa...
-
PENDEKATAN, PROSEDUR DAN PRINSIP PENTAKSIRAN Prinsip-prinsip pentaksiran : 1) Assessment for learning (AFL) 2) Assessment as lear...
-
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi pelbagai kaedah untuk menentukan taha...
-
Instrumen merujuk kepada alat atau medium yang digunakan untuk menilai murid-murid. Jenis-jenis instrumen yang boleh digunakan : 1) ...